Mengapakah respirasi sel dalam otot yang menghasilkan asid laktik membekalkan kurang tenaga jika dibandingkan dengan respirasi aerob?
Ini kerana pengoksidaan glukosa tidak lengkap.
Apakah fungsi kapur soda dalam eksprimen respirasi aerob?
Untuk menyerap gas CO2 yang dihasilkan oleh lipas.
Dimanakah respirasi aerob berlaku?
Di sitoplasma dan mitikondrion
Mengapakah otot menjalankan respirasi sel yang menghasilkan asid laktik semasa aktiviti cergas?
Untuk membekalkan tenaga yang diperlukan serta membolehkan seseorang individu untuk terus melakukan aktiviti.
Jelaskan mengapa seorang individu lazimnya lebih cepat berasa lesu berbanding seorang atlet, apabila kedua-duanya berlari bersama
Seorg atlet mempunyai bilangan mitokondrion yg lebih byk dlm sel ototnya. Pgambilan oksigen & pengoksidaan asid laktik yg lebih cepat dpt mgurangkan lesu otot.
Nyatakan persamaan perkataan bagi respirasi aerob.
Glukosa + oksigen ---> Karbon dioksida + air + tenaga
Nyatakan persamaan perkataan fermentasi alkohol.
Glukosa ----> Etanol + karbon dioksida + tenaga (210 kJ)
Cadangkan substrat lain selain daripada glukosa yang boleh digunakan oleh sel untuk respirasi sel.
Fruktosa, galaktosa
Terangkan cara manusia, haiwan dan tumbuhan memperoleh glukosa untuk penghasilan tenaga.
Dalam manusia dan haiwan, glukosa diperolehi melalui pencernaan karbohidrat manakala dalam tumbuhan, glukosa dihasilkan melalui proses fotosintesis.
Nyatakan proses yang terlibat dalam respirasi aerob.
Glikolisis dan Pengoksidaan piruvat
Your experience on this site will be improved by allowing cookies.