Study

HOMEOSTASIS

  •   0%
  •  0     0     0

  • Nyatakan bagaimana ion Na+, air dan glukosa diserap semula di tubul berlingkar proksimal.
    Air diserap semula secara osmosis. Ion natrium dan glukosa diserap semula secara pengangkutan aktif.
  • Cadangkan dua aktiviti yang boleh menyebabkan dinding duktus pengumpul menjadi lebih telap terhadap air.
    Makan makanan masin dan kurang minum air
  • Di bahagian ginjal manakah tubul berlingkar proksimal, liku Henle, dan tubul berlingkar distal boleh didapati?
    Tubul berlingkar proksimal dan tubul berlingkar distal terdapat dalam korteks, manakala liku Henle terdapat dalam medula ginjal.
  • Setiap ginjal terdiri daripada berjuta-juta unit berfungsi yang disebut
    Nefron
  • Apakah maksud homeostasis? Terangkan bagaimana mekanisme homeostasis berlaku.
    Homeostasis ialah pengawalaturan faktor fizikal dan faktor kimia persekitaran dalam pada julat yang normal untuk sel berfungsi dalam keadaan optimum.
  • Nyatakan 2 fungsi utama ginjal
    1. perkumuhan 2.pengosmokawalaturan
  • Terdapat tiga proses utama yang terlibat dalam penghasilan air kencing iaitu
    proses ultraturasan, penyerapan semula dan rembesan.
  • Encik Azman menghadapi masalah pembentukan batu karang di dalam ginjalnya. Terangkan kesan batu karang terhadap kesihatan beliau.
    Batu karang boleh menyumbatkan ureter lalu mengurangkan penghasilan air kencing.