Study

PENGENALAN SET

  •   0%
  •  0     0     0

  • B = { Nombor Ganjil }, maka, 56 (unsur bagi/ bukan unsur) bagi set B?
    56 bukan unsur bagi set B. (kerana 56 adalah nombor genab)
  • Apakah maksud set kosong?
    SET KOSONG ialah set yang tidak mempunyai unsur di dalamnya.
  • ξ = { 3, 12, 14, 23, 41, 57, 66, 80, 107}, R = {23, 41,57,107}. Senaraikan unsur R'.
    R' = {3, 12, 14, 66, 80}. (Unsur selain dalam set R)
  • Simbol apakah itu?
    Set semesta
  • D = { 23, 7, 51, 0, 12}. Nyatakan bilangan unsur bagi set D.
    n(D) = 5
  • Awak teringin makan apa sekarang?
    Okayyyy, nanti belilah sendiri
  • B = { 19, 20, 26, 31, 33, 48 } dan A = { 26, 31, 48}. Maka, A (subset/ bukan subset) bagi B
    = A subset bagi B ( A dalam B)
  • set A = { Nama bulan yang mempunyai 34 hari }
    Maka, A = { }, kerana tiada bulan yang mempunyai 40 hari dalam sebulan (SET KOSONG)
  • Apakah simbol bagi set kosong?
    Simbol bagi set kosong ialah { } atau Ø (phi).
  • Simbol apakah itu?
    Subset
  • Q = { Warna bendera jalur gemilang }, maka, kuning (unsur bagi/ bukan unsur bagi) set Q?
    kuning unsur bagi set Q
  • apakah definisi bagi unsur?
    Unsur ialah ahli/objek dalam senarai kumpulan set.
  • Pilih seorang kawan awak dan tanya dia "hobi awak ape?".
    Bagusss
  • Apakah penuh nama cikgu? haaa ayok tatauuu
    KHAIRUNNISA BINTI SAADUN
  • A = { Password email adam adalah "13100882525" }. Senaraikan unsur bagi set A
    A = {1,3,0, 8,2,5}, (unsur yang sama tidak boleh diulang)
  • Y = { Perkataan "MUHAMMAD" }. Nyatakan bilangan unsur bagi set Y, n(Y)?
    Senarai unsur bagi Y = { M, U,H,A,D }, maka n(Y) = 5.
  • Kumpulan awak kene nyanyi sama-sama lagu didi and friends. "Semut berkawad satu-satu, hora horey Semut berkawad satu-satu, hora horey Semut berkawad satu-satu, Didi kutip gula batu Dan semut berkawad pulang ke busut berjumpa ratu semut"
    Taniah, boleh masuk pertandingan di Tadika
  • Apakah definisi set?
    Set ialah himpunan objek/unsur/ahli yang mempunyai ciri yang sama.
  • Diberi A = { x : 1 < x < 10 dan dapat dibahagi dengan 2 }. Nyatakan semua unsur bagi set A.
    A = { 2,4,6,8}