Study

Teka Teki

  •   0%
  •  0     0     0

  • Jam yang busuk, tetapi anda pakai juga.
    Jamban
  • Bilakah masanya anda teruskan ketika merah, dan berhenti ketika hijau?
    Ketika makan tembikai.
  • Buah apakah yang orang sayang, tapi tak boleh dimakan?
    Buah Hati
  • Anda ada 3 buah dapur. Dapur gas, dapur kayu, dan dapur arang. Namun ada mempunyai hanya sebilah mancis. Yang mana satukah perlu dinyalakan terlebih dahulu?
    Mancis.
  • Negara apa kalau dibuang 1 huruf jadi benda, kalau dibuang 2 huruf jadi manusia?
    ITALI. Buang 1 huruf jadi TALI, buang 2 huruf jadi ALI.
  • Bayangkan, anda berada di dalam sebuah bot yang sedang karam dan buaya sedang menanti untuk memakan anda. Bagaimanakah caranya untuk anda menyelamatkan diri?
    Berhenti membayangkan
  • Benda ni kalau dimakan habis, tak makan pun habis. Apakah ia?
    Ais
  • Bagaimanakah caranya nak lembut kan lembu?
    Tambahkan huruf "T" kat hujung perkataan Lembu, maka jadilah Lembu(T)
  • Apa yang anda lakukan jika melihat orang hijau?
    Lintas jalan.
  • Ada sungai tak ada air, ada pokok tak ada buah, ada rumah tak ada orang. Apakah ia?
    Peta
  • Ikan apakah yang tidak mempunyai kepala, ekor, sisik, dan ingsang?
    Bebola ikan.
  • Nak mencari sikit punya la susah, tapi bila dah dapat dibuang, apa bendanya?
    Tahi hidung.
  • Ibrahim bin Rahman, ayam bin apa?
    BIN ATANG (binatang)
  • Nampak di bawah tapi cari di atas?
    Bumbung bocor
  • Kalau 1+1=2, jawapan lain dia apa?
    Jawapan lain dia salah la (tak boleh ada jawapan lain)
  • Dalam banyak-banyak mee, mee apa yang ramai?
    Meeting.(mesyuarat)
  • Bapa Fakhrul mempunyai 4 orang anak, mereka ialah Ahmad, Ali, Abu dan...?
    Fakhrul
  • Sudah tua semenjak lahir lagi. Apakah ia?
    Burung Kakak Tua
  • Saya boleh melihat, tetapi tidak boleh mendengar. Siapakah saya?
    Mata
  • Dia selalu datang, tetapi tidak pernah tiba?
    Esok (kerana apabila tiba, ia menjadi hari ini)
  • Dalam banyak-banyak kucing, kucing apa yang ada 9 kaki?
    Kucing berdiri kat kaki 5.
  • Makan menyelam, tidur bergantung. Apakah ia?
    Gayung
  • Antara penyu dan telur yang mana boleh makan?
    Penyu, sebab dia ada mulut.
  • Semasa pergi dia terbang, semasa balik dia berenang. Siapakah dia?
    Mata kail
  • Ikan apakah yang boleh diberhentikan sementara?
    Ikan paus (ikan pause).