Sekurang-kurangnya 40% daripada pokok yang ditebang adalah untuk membuat kertas. Nyatakan tiga cara anda boleh mengurangkan penggunaan kertas dalam aktiviti harian anda.
Gunakan kain dan kurangkan tisu, gunakan kedua-dua belah kertas, membaca buku-buku, majalah atau surat khabar digital atau mana-mana jawapan yang munasabah.
Jiran anda sedang membakar sampah di halaman rumahnya. Apakah tindakan anda?
Menegur jiran dengan cara berhemah. Melupuskan sampah dengan cara yang betul.
Berikan 3 cara anda boleh menjimatkan penggunaan air di rumah.
Tadah air hujan untuk mencuci kereta, guna semula air basuhan beras untuk menyiram pokok, cuci sayur dalam besen dan bukan di bawah air yang mengalir.
Keluarga anda ingin menyambut harijadi adik anda. Ibu menyediakan pinggan dan cawan kertas untuk kawan-kawan yang datang ke majlis. Apakah yang boleh anda buat?
Gantikan pinggan dan cawan kertas. Sebaliknya, gunakan pinggan dan cawan yang boleh dicuci.
Semua murid telah pergi ke makmal sains. Namun, lampu dan kipas dibiarkan terbuka. Apakah tindakan anda?
Menutup suis lampu dan kipas yang tidak digunakan untuk mengelak pembaziran tenaga.
Selepas aktiviti merentas desa di sekolah anda, banyak botol minuman plastik kosong yang dibuang. Apakah tindakan anda?
Kutip semula botol-botol plastik dan kitar semula di pusat kitar semula.
Anda ingin menanam sayur-sayuran di halaman belakan rumah anda. Apakah pilihan baja anda dan mengapa?
Baja kompos merupakan bahan semula jadi. Ia murah dan tidak membahayakan alam sekitar seperti baja kimia.
Anda ke pusat membeli belah bersama ibu anda. Apakah pilihan anda dan mengapa?
Mengurangkan penggunaan plastik adalah baik untuk alam sekitar.
Your experience on this site will be improved by allowing cookies.