Study

Teka-Teki

  •   0%
  •  0     0     0

  • Banyak-banyak kotak, kotak apa tak boleh diangkat?
    Kotak penalti
  • Apa yang ada akan lakukan bila melihat orang hijau?
    Lintas jalan
  • Jika anda jumpa bangkai haiwan atau mayat manusia, apakah yang anda akan tutup dahulu?
    Hidung
  • Kamu koyakkan kulit dan potong saya, tapi saya tak menangis. Tapi kami yang menangis.
    Bawang
  • John jalan-jalan dan terjumpa duit 1 Juta Ringgit dan ikan. John ambil ikan, kenapa?
    John seekor kucing
  • Apakah yang naik tapi tak pernah turun?
    Umur
  • Orang beli dia untuk makan, tapi tak makan?
    Pinggan dan sudu
  • Bunga apakah yang selalu panas?
    Bunga Matahari
  • Jam apakah yang busuk?
    Jamban
  • Dalam banyak-banyak mee, mee apakah yang ada ramai?
    Meeting
  • Dalam banyak mata di dunia, mata apakah yang paling besar?
    Matahari
  • Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang paling kaya?
    Beruang (Ber-wang)
  • Kapal selam bertolak ke arah arah utara, ke mana asap dia pergi?
    Kapal selam takda asap
  • Pegang boleh, diambil tidak boleh, apakah itu?
    Bayang-bayang
  • Saya ada 1 kaki dan 3 mata. Siapakah saya?
    Lampu isyarat
  • Makan pisang buang kulit, makan kulit buang apa?
    Buang tebiat
  • Bermata namun tidak boleh melihat, boleh bercakap tapi tiada bunyi.
    Pen
  • Air apa yang paling berani?
    Air terjun
  • Sukan apakah yang kita selepas main kita akan tabik?
    Golf
  • Haiwan apa yang ejaannya 2 huruf sahaja?
    Udang ( U dan G)
  • Negara manakah jika dibuang 1 hurufnya menjadi benda, manakala kalau dibuang 2 huruf menjadi manusia?
    Itali
  • Dalam banyak-banyak rumah, rumah apa yang guna paling banyak air?
    Rumah terbakar
  • Buah apa yang ada dalam fikiran awak?
    Buah fikiran
  • Antara motor dan kereta, motor lebih tua. Kenapa?
    Tongkat
  • Dalam banyak-banyak kera, kera apa pandai menaip?
    Kerani
  • Ayam jantan bertelur di rumah ayam atau reban ayam?
    Ayam jantan tak bertelur
  • Dari jauh macam ambulan, dari dekat macam doktor?
    Nyamuk
  • Apakah yang dimakan akan habis, dibiar pun akan habis?
    Ais
  • Dalam banyak- banyak rumput, rumput apa yang lembu dan kambing tidak makan?
    Mesin rumput
  • Haiwan apa yang macam kucing tapi kecil daripada kucing?
    Anak kucing
  • Ada sungai tak ada air, ada rumah tak ada orang, ada pokok tak ada buah. Apa dia?
    Peta
  • Jika bas sekolah berhenti, apakah yang akan turun dahulu?
    Meter bas
  • Dalam banyak-banyak bas, bas yang mana tidak boleh bergerak?
    Perhentian bas
  • Kereta apa yang orang tak panggil kereta?
    Teksi
  • Lihat pada diri anda, apakah yang paling manis?
    Jari manis