Study

BAHASA MELAYU

  •   0%
  •  0     0     0

  • Kakak [ memikul / mengelek ] fail setiap pagi ketika menunju ke bilik kuliah yang terletak di atas bukit itu.
    mengelek
  • Bot kami telah [ hanyut / redah ] hingga muara sungai lain akibat kerosakan enjin.
    hanyut
  • Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan sedang menjalankan [ peperiksaan / pemeriksaan ] kenderaan di Jalan Duta.
    pemeriksaan
  • Ketua Hakim yang dilantik itu melafazkan [ sumpah / ikrar ] di mahmkamah pada pagi tadi..
    sumpah
  • [ Teks / Draf ] surat bantahan itu hasil kata sepakat ahli jawatankuasa penduduk.
    Draf
  • Setiap pagi, kami akan mendengar [ ucapan / taklimat ] ringkas daripada penyelia tentang pengurusan kerja di kilang kami.
    taklimat
  • Alat [hawa dingin / pendingin hawa ] itu perlu kami selenggara secara berkala dari semasa ke semasa.
    pendingin hawa
  • Para murid dapat menghilangkan perasaan [ curiga / keliru ] tentang pengajaran guru dengan bertanya kepada guru.
    keliru
  • Aktiviti pemburuan haram akan mengancam populasi haiwan [ liar / ganas ] di hutan
    liar
  • Alina merupakan seorang [ pelajar / mahasiswi ] dalam jurusan Sains Politik di Universiti Sains Malaysia.
    mahasiswi
  • Sambutan kepada peraduan menulis [ teks / skrip ] drama peringkat remaja sangat menggalakkan.
    skrip
  • Ikan keli menggunakan {senjata / sengat ] yang bisa untuk membunuh ikan belut .
    sengat
  • Hakimi [ menonton / menuntun ] basikalnya ke kedai basikal kerana tayar pancit.
    menuntun