Study

Peribahasa

  •   0%
  •  0     0     0

  • sesuatu yang baik dan mulia akan kekal sepanjang masa
    tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan
  • kesalahan yang kita buat itu kita sendirilah yang menanggungnya
    tangan mencencang bahu memikul
  • orang yang mengikuti hawa nafsunya akhirnya akan binasa
    ikut hati mata, ikut rasa binasa, ikut mata leta
  • meskipun kebenaran itu belum terang, lambat laun akan menjadi kenyataan juga
    meski tertimbun dalam tanah, namun teras timbul juga
  • bermuafakat dalam sesuatu perkara senang atau susah agar sama-sama dapat dirasai
    ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
  • Mendengar nasihat yang baik
    Bagai menelan mestika embun
  • Setiap perbuatan pasti akan meninggalkan kesannya
    Ada kerak, adalah nasi
  • kalau tidak ada yang baik sekali, yang kurang baik pun berguna juga
    tiada rotan akar berguna
  • menceritakan cacat cela kaum keluarga maka diri sendiri juga yang mendapat malu
    menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri
  • keuntungan yang diharapkan tidak diperoleh sedangkan keuntungan yang di dalam tangan habis hilang
    yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
  • Adat lama itu boleh diubah dengan muafakat
    Hilang adat tegal muafakat
  • orang yang mulia akan tetap mulia walau di mana dia berada
    jika asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
  • jika tidak boleh dicapai persetujuan dalam sesuatu, hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya
    sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
  • bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah
    seperti menghela rambut dalam tepung; rambut jangan putus, tepung jangan berserak
  • lebih baik mati daripada menanggung malu
    biar putih tulang, jangan putih mata
  • perselisihan dalam kalangan kaum keluarga sendiri akhirnya akan berbaik-baik semula
    carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
  • seseorang yang berbudi baik itu sekali pun dalam keadaan melarat tetap berbudi dan berhati mulia
    meski tertimbun dalam tanah, namun teras timbul juga
  • budi bahasa orang tidak dapat dibalas dengan wang dan harus diingat seumur hidup
    hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati
  • Keadaan sesuatu itu menurut asalnya
    Bagaimana acuan begitulah kuihnya
  • orang yang bijaksana jua yang mengenali keelokan ilmu dan menilai ketinggian mutu sesuatu
    jauhari juga yang mengenal manikam
  • walau bagaimana mewah atau makmur sekalipun negeri orang, negeri sendiri juga yang lebih baik
    hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri
  • Hendaklah sentiasa berhati-hati supaya tidak terpedaya dan habis harta
    Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
  • tiap-tiap yang bernyawa akan mati juga sudahnya, baik tua, muda atau anak-anak kecil
    pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelak
  • membuat sesuatu yang tidak mendatangkan faedah
    membuang garam ke laut
  • Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna
    Ditatang bagai minyak yang penuh
  • kerana mengharapkan barang yang belum tentu, barang yang sedia ada dilepaskan
    harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
  • Walau berapa tinggi pangkat seseorang, akhirnya hilang juga
    Berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga
  • Keadaan hidup yang tidak menentu, ada kalanya senang dan ada kalanya susah
    Air pun ada pasang surutnya
  • Seseorang yang bodoh sekalipun kalau diajar nescaya pandai
    Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam
  • seseorang itu hendaklah merendah diri dalam tutur kata dan perbuatannya supaya tidak dibenci orang lain dan selamat dalam hidup
    baik membawa resmi ayam betina
  • tidak akan tercapai cita-cita tanpa usaha yang gigih
    jika tidak dipecah ruyung, di mana hendak mendapat sagunya
  • segala suruhan atau nasihat dituruti dan dikerjakan sepenuh hati
    di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
  • apabila bertukar ketua atau pemerintah di dalam sesebuah negara, maka cara hidup pun berubah juga
    sekali air bah, sekali pasir berubah
  • Merancang sesuatu yang belum pasti diperoleh
    Burung terbang dipipiskan lada
  • Apabila menetap di sebuah negeri, hendaklah mengikut peraturan negeri itu
    Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
  • orang yang cerdik, sayang akan sekalian macam orang kerana masing-masing ada gunanya
    tukang tidak membuang kayu
  • manusia harus beringat-ingat supaya perkara tidak baik yang dialaminya tidak berulang lagi
    pisang tidak berbuah dua kali
  • semakin berilmu atau tinggi pangkat, semakin merendah diri
    seperti buah padi, makin berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi
  • orang yang bijaksana tetapi menyembunyikan pengetahuan dan kebolehannya
    seperti harimau menyembunyikan kukunya
  • sesuatu perkara itu perlu disiasat dahulu dengan teliti dan tidak boleh setakat mendengar cakap-cakap orang sahaja
    kalau gajah hendaklah dipandang gadingnya, kalau harimau hendaklah dipandang belangnya
  • menggunakan masa dengan sebaiknya
    pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar
  • penganiayaan terhadap keluarga sendiri akan dirasai oleh ahli keluarga yang lain
    cubit paha kanan, paha kiri terasa juga
  • orang yang mendapat kedudukan yang mewah
    seperti tikus jatuh ke beras
  • Bertindak untuk berada di pihak yang benar
    Berani kerana benar, takut kerana salah
  • lebih baik jangan dicampuri perselisihan orang yang bersanak saudara kerana akhirnya mereka akan berbaik semula
    biduk lalu kiambang bertaut
  • lain negeri, lain adat resam dan cara pemerintahannya
    lain padang lain belalang, lain lubuk lain ikan
  • sesuatu perkara tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya
    bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
  • Mempertahankan sesuatu yang menjadi hak milik kita walaupun nyawa kita terancam
    Biar putih tulang, jangan putih mata
  • seseorang yang hidup di dunia ini mestilah berbuat baik untuk diri sendiri dan juga berjasa kepada orang lain
    hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa
  • perihal kasih sayang yang mendalam sekali dan sukar diceraikan
    seperti labah-labah cinta kepada telurnya
  • cerdik dan rajin
    belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang
  • sama-sama menikmati kesenangan dan kesusahan
    hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
  • pembahagian yang sama rata dan adil
    hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
  • bagaimana perbuatan atau perkataan, demikianlah balasan dan jawapannya
    bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya
  • pendiam tetapi cekap bekerja dan pintar
    umpama duduk seperti kucing, melompat seperti harimau
  • Di mana ada rezeki, di situlah ramai orang
    Ada gula, adalah semut
  • penyakit yang dihidapi itu boleh merosakkan keelokan rupa kita, begitu juga kelakuan yang keji itu boleh merosakkan nama baik bangsa kita
    rosak badan kerana penyakit, rosak bangsa kerana laku
  • menghukum hendaklah dengan seadil-adilnya sehingga kedua pihak berasa puas
    seperti menghela rambut dalam tepung; rambut jangan putus, tepung jangan berserak
  • Kalau tidak berusaha, tentulaj susah dan kalau malas bertanya, pasti akan membuat kesilapan
    malu berkayuh, perahu hanyut
  • Sementara menunggu apa yang baik, lakukanlah kegiatan yang berfaedah
    berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak
  • kuat atau berkuasa kerana sesuatu kelebihannya
    kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit
  • Kebaikan yang sia-sia atau tidak berbalas
    Bagai hujan jatuh ke pasir
  • seseorang yang beroleh kekayaan tetapi tidak mahu menceritakan kepada orang lain
    seperti tikus jatuh ke beras
  • mengajar atau mendidik anak biarlah daripada kecil kerana apabila sudah besar, keras hatinya dan perangainya susah dibentuk
    melentur buluh biarlah dari rebung
  • jika ilmu atau kebolehan kita sedikit, janganlah kita cuba melawan orang atau berbuat sesuatu yang besar
    kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga
  • orang yang cermat melakukan pekerjaannya, walaupun banyak kerja jarang yang rosak
    nasi tak dingin, pinggan tak retak
  • Perkara yang sudah terbiasa dilakukan tidak akan terasa lagi kesukarannya
    Alah bisa tegal biasa
  • seseorang anak itu akan mengikut budi dan perangai ibu bapanya
    bagaimana acuan begitulah kuihnya
  • berhati-hati semasa bercakap dengan orang kerana percakapan yang sembarangan boleh membawa akibat yang buruk
    cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
  • dalam percakapan atau tingkah laku seseorang, terkandung kemahuannya
    kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan
  • manusia tidak sunyi daripada melakukan kesilapan
    laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan
  • sesusah-susah orang yang melihat penderitaan itu, tidaklah sama dengan penanggungan orang yang sedang menderita itu sendiri
    berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
  • Jika rajin dan tekun melakukan sesuatu, maka akan murahlah rezeki
    ringan tulang, berat perut
  • Cepat meresap pelajaran
    Garam jatuh ke air
  • membuat pekerjaan sehingga sempurna
    belayar sampai ke pulau
  • tidak ada gunanya ilmu pengetahuan yang disumpan sahaja
    kemenyan sebesar lutut, tidak dibakar takkan berbau
  • daripada tingkah laku seseorang itu kita dapat mengetahui atau mengenali watak dan asal seseorang
    sebab buah dikenal pohonnya
  • kalau segan berusaha tidak akan mendapat kemajuan
    malu berkayuh perahu hanyut
  • Diam seseorang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja
    Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
  • Apabila perundingan menemui jalan buntu, hendak kembali ke punca masalah
    Kusut di hujung, bawa ke pangkal
  • sekumpulan orang yang tidak tentu arah akibat kehilangan pemimpun atau tempat pengharapan
    seperti anak ayam kehilangan ibu
  • perkataan yang lembut juga yang dapat mendinginkan hati orang yang sedang marah
    air yang dingin juga yang dapat memadamkan api
  • bagaimana perintah, begitulah yang harus dituruti
    bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya
  • Tidak berguna menasihati orang lain kalau kelakuan sendiri tidak sesuai dengan apa yang dinasihatkan
    seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul
  • manusia yang jujur akan sentiasa dipercayai orang kerana tidak akan mungkir janji
    kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya
  • orang besar atau mulia tidak akan hilang martabatnya jika ia merendah dirinya sekalipun
    jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya
  • membuat sesuatu pekerjaan yang sukar hendaklah bersabar sehingga mencapai kejayaan
    genggam bara api biar sampai jadi arang
  • makin tinggi pangkat atau makin besar perniagaannya, maka makin besar pula tanggungjawabnya
    besar kapal, besar gelombang
  • hendak mengelakkan kerugian kecil, akhirnya mendapat kerugian besar
    takut titik lalu tumpah