Study

WUDUK DAN SYARAT KESEMPURNAANNYA

  •   0%
  •  0     0     0

  • Adakah memakai cat kuku yang menghalang air sampai ke kuku menyebabkan wuduk sah?
    Tidak sah
  • Senaraikan anggota wuduk
    muka, dua tangan kepala, dua kaki
  • Tunjukkan cara berwuduk yang betul
    Melaksanakan semua perkara sunat dan rukun wuduk dengan betul
  • Senaraikan tiga perkara yang membatalkan wuduk selain kentut
    Keluar sesuatu daripada qubul/dubur, bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan bukan mahram, hilang akal
  • Membaca basmalah, berkumur-kumur, membasuh telinga
    Perkara sunat wuduk
  • Siti membasuh setiap anggota wuduk sekali sahaja tetapi sempurna. Adakah wuduknya sah?
    Sah
  • Berapakah rukun wuduk? Sebutkan
    6 - Niat, membasuh muka, membasuh 2 tangan, membasuh kepala, membasuh 2 kaki, tertib
  • Apakah yang dimaksudkan tertib dalam rukun wuduk?
    Melakukan rukun wuduk mengikut turutan yang betul
  • Berikan dua hikmah berwuduk
    Membersihkan anggota badan, memberi ketenangan
  • Maksud wuduk dari segi bahasa
    Bersih, elok dan berseri
  • Akmal telah berwuduk. Secara tidak sengaja, dia tertidur dalam keadaan punggungnya tetap ke lantai. Apakah hukum bagi wuduk Ahmad?
    Sah/tidak batal
  • Bilakah hukum wuduk menjadi WAJIB?
    Solat, tawaf, memegang/membawa al-Quran
  • Senaraikan empat perkara makruh ketika berwuduk
    Membasuh lebih tiga kali, mendahulukan anggota kiri, mengelap anggota wuduk, menampar air ke muka
  • Asyraf mengelap muka dan tangannya selepas berwuduk
    Makruh
  • Bilakah hukum wuduk menjadi SUNAT?
    Membaca al-Quran, melaungkan azan/iqamat
  • Hafiz menggosok gigi sebelum berwuduk
    Sunat
  • Sebutkan lafaz niat wuduk
    Sahaja aku berwuduk kerana Allah Taala
  • Mendahulukan anggota kiri ketika membasuh tangan dan kaki akan membatalkan wuduk
    Salah
  • Apa yang perlu dilakukan jika orang lelaki mempunyai janggut dan jambang yang tebal ketika berwuduk?
    Menyelat jambang dan janggut
  • Faiz menyapu seluruh kepala ketika berwuduk
    Sunat
  • Senaraikan rukun wuduk
    Niat, basuh muka, basuh 2 tangan hingga siku, basuh kepala, basuh 2 kaki hingga buku lali, tertib
  • Ali terlupa berniat ketika mengambil wuduk. Adakah wuduknya sah? Mengapa?
    Tidak sah kerana niat ialah rukun wuduk
  • Maksud wuduk dari segi istilah
    Membasuh anggota tertentu dengan niat