Study

MANDI WAJIB PENYUCI DIRI

  •   0%
  •  0     0     0

  • Maksud mandi dari segi istilah
    Mengalirkan air ke atas badan dengan niat yang tertentu
  • Amjad mandi setelah mimpi yang menyebabkan keluar air mani
    Wajib
  • Darah yang keluar selepas kelahiran anak atau sesudah keguguran yang nyata sebahagian bentuk anak
    Nifas
  • Senaraikan 2 larangan tambahan semasa berhadas besar bagi perempuan
    Puasa, jima'
  • Senaraikan 3 perkara yang dilarang semasa berhadas besar bagi lelaki dan perempuan
    Solat, tawaf, duduk atau berhenti dalam masjid
  • Maksud mandi wajib
    Mandi yang wajib dilakukan apabila terdapat sebab yang mewajibkan mandi
  • Berikan dua contoh mandi sunat
    Mandi sunat hari Jumaat, mandi sunat hari raya
  • Nyatakan dua hikmah mandi wajib
    Diberi ganjaran pahala, membersihkan badan daripada kotoran
  • Senaraikan dua perkara sunat ketika mandi wajib
    Basuh pergelangan tangan, bersihkan qubul dan dubur
  • Ketika mandi wajib, air hendaklah diratakan pada ___________
    seluruh anggota badan
  • Maksud mandi dari segi bahasa
    Mengalirkan air ke atas sesuat
  • Darah yang keluar dari pangkal rahim wanita yang telah baligh dalam keadaan sihat pada waktu tertentu
    Haid
  • Aminah sengaja melambatkan mandi wajib
    Makruh
  • Proses kelahiran anak sama ada dengan keluar darah atau tidak
    Wiladah
  • Senaraikan 3 perkara yang mewajibkan mandi bagi lelaki dan perempuan
    Keluar mani, jima', mati selain mati syahid
  • Akif memegang al-Quran dalam keadaan berhadas besar
    Haram
  • Sebutkan niat mandi wajib
    Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala
  • Mandi wajib boleh digantikan dengan mandi biasa tanpa niat. BETUL atau SALAH?
    Salah
  • Senaraikan 3 perkara yang mewajibkan mandi bagi perempuan sahaja
    Haid, nifas, wiladah
  • Berapa rukun mandi wajib? Nyatakan
    Dua, niat dan meratakan air ke seluruh badan