Hidup seorang yang hanya mementingkan diri diibaratkan ________. A. seperti telur di hujung tanduk B. bagai isi dengan kuku C. seperti enau dalam belukar
C seperti enau dalam belukar
Perbuatan mencuri wang daripada tabung derma dianggap sebagai seorang yang ________. A. ringan tulang B. panjang tangan C. besar kepala D. ambil hati
B panjang tangan
Pendidikan awal sangat penting kerana pepatah mengatakan ________. A. biar lambat asalkan selamat B. melentur buluh biarlah dari rebungnya C. ukur baju di badan sendiri D. sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit
B. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Orang yang rendah diri walaupun berilmu tinggi ibarat ________. A. bagai pahat dengan penukul B. seperti resmi padi C. seperti kera mendapat bunga D. bagai aur dengan tebing
B. seperti resmi padi
Hubungan adik-beradik yang sangat akrab diibaratkan ________. A. bagai isi dengan kuku B. bagai pahat dengan penukul C. seperti telur di hujung tanduk D. seperti enau dalam belukar
A bagai isi dengan kuku
Murid yang rajin menabung akan kaya suatu hari nanti kerana pepatah ________. A. sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit B. di mana ada kemahuan di situ ada jalan C. biar putih tulang jangan putih mata D. ukur baju di badan sendiri
A. sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit
Sikap Farah yang suka menolong ibunya di dapur menunjukkan dia seorang yang ________. A. lepas tangan B. ringan tulang C. besar kepala D. panjang akal
B.ringan tulang
Your experience on this site will be improved by allowing cookies.