Study

Unit 1: Norma Masyarakat Pemangkin Kesejahteraan

  •   0%
  •  0     0     0

  • Huraian 2 kesan negatif jika masyarakat tidak mengamalkan norma.
    Berlaku peningkatan jenayah dan keruntuhan institusi kekeluargaan
  • Berikan 2 contoh budaya hedonisme yang bertentangan dengan norma masyarakat.
    Berpelesiran tanpa tujuan dan ketagihan hiburan melampau
  • Apakah maksud budaya hedonisme
    Budaya yang mementingkan keseronokan dan kepuasan diri tanpa memikirkan kesan kepada orang lain.
  • Apakah kesan jika norma masyarakat diabaikan?
    Berlaku konflik sosial dan keruntuhan nilai dalam masyarakat
  • Nyatakan 2 contoh norma pelajar dalam kehidupan harian di sekolah.
    Memberi salam kepada guru dan beratur ketika membeli makanan
  • Apakah peranan norma masyarakat dalam membentuk insan bermoral?
    Menjadi panduan tingkah laku yang baik dan diterima oleh masyarakat.
  • Senaraikan 3 nilai universal yang dikaitkan dengan norma masyarakat.
    Tanggungjawab, Hormat-Menghormati, dan Toleransi
  • Nyatakan 2 cara untuk mengelakkan diri daripada budaya hedonisme.
    Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah dan berkawan dengan rakan yang positif.
  • Apakah peranan individu dalam mengekalkan norma masyarakat?
    Individu perlu mengamalkan nilai murni seperti hormat dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.
  • Jelaskan kepentingan Norma masyarakat dalam membentuk masyarakat yang teratur.
    Norma masyarakat menjadi panduan tingkah laku yang diterima, membantu mengelakkan konflik dan mewujudkan suasana harmoni.
  • Berikan contoh situasi di mana norma masyarakat diamalkan dalam keluarga.
    Anak meminta izin sebelum keluar rumah dan membantu ibu bapa melakukan kerja rumah.
  • Bagaimanakah norma masyarakat membantu mewujudkan keharmonian?
    Dengan menggalakkan sikap salting menghormati dan bertoleransi.
  • Terangkan bagaimana norma masyarakat boleh menjadi pemangkin kesejahteraan negara.
    Norma masyarakat mendorong rakyat untuk hidup saling menghormati, bekerjasama dan menjaga keamanan, yang menyumbang kepada pembangunan negara.
  • Apakah maksud norma masyarakat?
    Peraturan atau amalan yang diterima dan diamalkan masyarakat untuk menjaga keharmonian dan kesejahteraan
  • Mengapa norma masyarakat penting dalam kehidupan sosial?
    Norma masyarakat membantu mewujudkan suasana aman dan salting menghormati dalam kalangan masyarakat.