Study

CPD1123 PEMPROSESAN SAMPEL UJIAN

  •   0%
  •  0     0     0

  • Penapis digunakan untuk memisahkan pepejal dan cecair.
    Betul
  • Senaraikan dua tujuan utama pengeringan.
    Pengawetan dan mengurangkan isipadu/berat produk.
  • Berikan dua sebab pemotongan sampel perlu dilakukan dengan berhati-hati.
    Agar tidak merosakkan kandungan sampel dan untuk mendapatkan bentuk yang sesuai.
  • Terangkan maksud pengeringan dalam konteks pemprosesan sampel.
    Proses menghilangkan air daripada bahan melalui pengewapan.
  • Nyatakan fungsi utama enzim lipase
    Menguraikan lemak seperti dalam penyediaan keju.
  • Nyatakan dua contoh kaedah pra-pemprosesan fizikal.
    Pengeringan, Pengisaran
  • Penggunaan ________ boleh memecahkan ikatan oksigen dan hidrogen dalam molekul air.
    Gelombang mikro
  • Sebutkan dua faktor yang mempengaruhi kadar pengeringan
    suhu, tekanan, laju aliran udara, luas permukaan bahan, kadar air bahan, kompisisi kimia bahan
  • Jelaskan maksud pra-pemprosesan sampel.
    Proses persediaan awal sebelum sesuatu sampel dianalisis untuk memastikan ketepatan keputusan ujian.
  • Apakah alat yang biasa digunakan semasa pengisaran skala kecil?
    Blender
  • Apakah peranan enzim protease dalam industri makanan?
    Pelembut daging dan menanggalkan kulit ikan dalam pengetinan.
  • Lesung batu tidak sesuai digunakan dalam proses pengisaran.
    SALAH
  • Berikan satu contoh reaksi kimia yang berlaku dalam penapaian glukosa.
    Glukosa → Etanol + Karbon Dioksida
  • Namakan satu contoh produk yang dihasilkan melalui penapaian
    Yogurt / Tapai / Kicap
  • Apakah tujuan penggunaan larutan asid dalam pra-pemprosesan kimia?
    Sebagai pra-rawatan sebelum pengekstrakan dijalankan.
  • Terangkan maksud penapaian dalam konteks ini.
    Proses penguraian bahan kompleks kepada bahan ringkas melalui mikroorganisma.
  • Apa itu enzim, dan mengapa ia digunakan dalam pra-pemprosesan kimia?
    Sebatian biologi yang mempercepat tindak balas kimia untuk mencernakan komponen sampel.
  • Jelaskan fungsi utama bahan pelarut dalam pra-pemprosesan.
    Untuk mengganggu ikatan kimia dalam sampel bagi memudahkan pengekstrakan
  • Berikan dua ciri sampel yang telah dikeringkan dengan baik.
    Tidak lembap atau melekit, dan berat akhir yang konsisten.
  • Sampel boleh dicampur dengan asid ________ semasa pra-pemprosesan kimia.
    Perklorik
  • Nyatakan dua jenis kaedah pra-pemprosesan sampel.
    Kaedah fizikal dan kaedah kimia.
  • Pengayakan adalah satu contoh kaedah ________.
    Pengasingan
  • Namakan tiga alat yang digunakan dalam proses pemotongan sampel.
    Pisau, gunting, parang.
  • Proses penapaian melibatkan tindakan ________, yis atau mikroorganisma.
    Bakteria
  • Namakan satu alat yang digunakan untuk proses pengasingan.
    Pengayak atau penapis.
  • ________ digunakan untuk mengeluarkan kanji dalam bahan.
    Amilase