Study

Menyelaras sesi mesyuarat 1

  •   0%
  •  0     0     0

  • E-mel lebih cepat dan praktikal berbanding surat untuk jemputan mesyuarat.
    Betul
  • Mesyuarat teknikal hanya perlu melibatkan pekerja am.
    Salah
  • Semua jenis mesyuarat mesti mempunyai agenda yang diedarkan lebih awal.
    Betul
  • Mesyuarat permulaan projek diadakan selepas kerja pembinaan bermula.
    Salah
  • Kehadiran minimum (korum) tidak penting untuk menjalankan mesyuarat.
    Salah
  • Agenda mesyuarat boleh ditambah semasa mesyuarat jika dipersetujui.
    Betul
  • Tempat mesyuarat boleh jadi secara fizikal atau dalam talian.
    Betul
  • Mesyuarat keselamatan boleh meningkatkan kesedaran pekerja tentang risiko di tapak.
    Betul
  • Telefon boleh digunakan untuk menjemput ke mesyuarat dalam situasi kecemasan.
    Betul
  • Setiap mesyuarat perlu ada pengerusi dan penulis minit.
    Betul
  • Mesyuarat toolbox diadakan setiap bulan sahaja.
    Salah
  • Surat jemputan adalah satu-satunya cara rasmi untuk menjemput ke mesyuarat.
    Salah
  • Mesyuarat teknikal hanya relevan jika terdapat masalah keselamatan di tapak.
    SALAH
  • Mesyuarat penilaian biasanya diadakan selepas projek selesai.
    Betul
  • Mesyuarat adhoc hanya perlu diadakan jika ada isu kritikal yang perlu diselesaikan segera.
    Betul
  • Minit mesyuarat tidak perlu ditulis jika semua peserta hadir.
    Salah
  • Tujuan agenda mesyuarat adalah untuk membantu kawal perbincangan supaya lebih fokus.
    Betul
  • Ketiadaan korum tidak menjejaskan kesahan keputusan mesyuarat jika majoriti bersetuju.
    SALAH
  • Tujuan minit mesyuarat adalah untuk rujukan dan tindakan lanjut.
    Betul
  • Mesyuarat keselamatan bertujuan mengenal pasti dan mengurangkan risiko kemalangan di tapak.
    Betul
  • Semua peserta mesyuarat perlu memahami peranan masing-masing.
    Betul
  • Keputusan yang dicapai dalam mesyuarat tidak perlu dicatat dalam minit mesyuarat.
    Salah
  • Tujuan utama mesyuarat tapak ialah untuk memantau kemajuan kerja.
    Betul
  • Mesyuarat teknikal hanya membincangkan soal bajet projek.
    Salah
  • Mesyuarat toolbox tidak perlu jika pekerja sudah mahir.
    Salah
  • Mesyuarat penilaian membantu menilai prestasi keseluruhan projek.
    Betul