Study

Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

  •   0%
  •  0     0     0

  • Yang manakah contoh Kata Nama Khas ? (1) Sungai (2) Meja (3) Sungai Pahang (4) Pokok
    Sungai Pahang
  • Nama tempat seperti Johor Bahru adalah Kata Nama Am. (1) betul (2) salah
    salah
  • Berikut merupakan contoh bagi Kata Nama Khas, KECUALI : (1) Proton Saga (2) Kampung Baru (3) Taman Negara (4) rumah
    rumah
  • Kata Nama Khas merujuk kepada nama khusus bagi seseorang, tempat atau ______.(1) benda (2) nama (3) orang (4) haiwan
    benda
  • Pilih ayat yang mengandungi kata nama am. (1) Saya tinggal di Bandar Melaka. (2) Mereka membeli baju di pasar malam. (3) Puan Fatimah bekerja di Hospital Kuala Lumpur. (4) Ali suka makan di Restoran Saji.
    Mereka membeli baju di pasar malam.
  • Dalam ayat “Saya belajar di Sekolah Kebangsaan Seri Indah,” Kata Nama Khas ialah: (1) belajar (2) sekolah (3) kebangsaan (4) Sekolah Kebangsaan Seri Indah
    Sekolah Kebangsaan Seri Indah
  • Yang manakah contoh Kata Nama Khas? (1) doktor (2) kedai (3) Hospital Sultanah Aminah (4) buku
    Hospital Sultanah Aminah
  • Contoh Kata Nama Am ialah manusia, buku, dan bandar. (1) betul (2) salah
    betul
  • Dalam ayat “Saya membeli kasut di Kedai Kasut Bata,” Kata Nama Khas ialah: (1) kasut (2) Kedai kasut Bata (3) membeli (4) saya
    Kedai kasut Bata
  • Kata Nama Khas biasanya bermula dengan huruf: (1) besar (2) kecil
    besar
  • Kata Nama Khas digunakan untuk menunjukkan nama yang spesifik bagi sesuatu tempat, orang atau benda. (1) betul (2) salah
    betul
  • Kata Nama Khas tidak perlu bermula dengan huruf besar. (1) betul (2) salah
    salah
  • Yang manakah BUKAN Kata Nama Khas ? (1) Universiti Malaya (2) Malaysia (3) sungai (4) Kedai Buku Popular
    sungai
  • Pilih Kata Nama Am dalam ayat berikut: Puan Zainab sedang membaca buku di ruang tamu. (1) Puan Zainab (2) buku (3) sedang (4) membaca
    buku
  • Dalam ayat “Mereka melancong ke Pulau Redang,” kata Nama Khas ialah ______. (1) melacong (2) pulau (3) mereka (4) Pulau Redang
    Pulau Redang
  • Yang manakah BUKAN Kata Nama Am? (1) pelajar (2) cikgu (3) Taman Botani Perdana (4) meja
    Taman Botani Perdana
  • Berikut merupakan contoh bagi Kata Nama Am, KECUALI : (1) kereta (2) rumah (3) taman (4) Cikgu Zahirah
    Cikgu Zahirah
  • Pilih kata Nama Khas dalam ayat berikut: Ibu membeli roti di Kedai Roti Gardenia. (1) ibu (2) roti (3) Kedai Roti Gardenia (4) membeli
    Kedai Roti Gardenia
  • Pilih dua Kata Nama Am dalam senarai berikut: (1) Kuala Lumpur (2) restoran (3) buku (4) Pantai Cherating
    restoran, buku
  • Yang manakah contoh Kata Nama Am ? (1) Cikgu (2) Kuala Lumpur (3) Tesco (4) Ahmad
    Cikgu