Study

Maksud & Konsep

  •   0%
  •  0     0     0

  • Apa itu glokal?
    Gabungan perkataan global dan lokal
  • Maksud maklumat palsu
    Maklumat yang disebarkan tanpa kesahihan serta bukti yang sah
  • Maksud Kesejahteraan Global
    Suasana aman dan makmur dari segi keselamatan, jaminan makanan, kesihatan dan kelestarian global
  • Maksud Keperibadian mulia
    Sifat baik dan terpuji dimiliki oleh individu
  • Apa konsep penglibatan diri dalam komuniti?
    Tindakan sukarela yang memberikan peluang kepada individu untuk memikul tanggungjawab kemasyarakatan
  • Berikan maksud perpaduan
    Penyatuan masyarakat dalam membentuk satu identiti nasional
  • Konsep Individu Glokal
    Seseorang yang mengutamakan jati diri negara asal tetapi mampu berdaya saing di peringkat global
  • Takrifkan pengurusan kewangan
    Tindakan merancang pendapatan dan perbelanjaan secara berhemah dalam kehidupa harian
  • Apa itu prinsip keprihatinan?
    Perlakuan yang memberikan pertimbangan moral dalam melaksanakan peranan atau kewajipan terhadap orang lain dan mempertimbangkan kepentingan orang lain
  • Berikan takrif integriti keluarga
    Pembinaan keluarga yang bahagia, utuh dan penyayang
  • Maksud masyarakat global
    Individu dalam komuniti dunia yang saling berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain
  • Berikan maksud keluarga
    Unit asas yang berkait rapat dengan integriti dalam membentuk sikap dan perlakuan mulia setiap anggotanya
  • Maksud Norma Masyarakat
    Perilaku atau tindakan yang diterima sebagai amalan dalam sesuatu kelompok, komuniti dan budaya
  • Konsep perikemanusiaan
    Sifat yang wajar bagi manusia seperti bertimbang rasa, tolong-menolong dan mengasihi
  • Maksud Integriti Organisasi
    Pematuhan amalan terbaik dari segi etika, sistem dan proses kerja serta piagam pelanggan
  • Berikan takrif TMK
    Sistem yang membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk
  • Terangkan maksud etika penggunaan teknologi
    Tatacara penggunaan teknologi tanpa melanggar peraturan
  • Maksud negara berdaulat
    Negara yang bebas daripada penjajahn dan berupaya untuk menguruskan hal ehwal negara secara bebas tanpa campur tangan daripada mana-mana negara lain
  • Maksud integriti
    Menyeluruh, sempurnam tulen dan tidak berubah
  • Konsep Hak cipta
    Hak ekslusif bagi seseorang pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka
  • Maksud berkeperibadian mulia
    Memerlukan nilai murni dari segi penaakulan, emosi dan perlakuan moral
  • Berikan maksud hak
    Kuasa atas sesuatu ditentukan mengikut peraturan atau undang-undang
  • Norma masyarakat global
    Perlakuan yang ditunjukkan oleh masyarakat global mengikut peraturan sosial yang diterima dan dikongsi bersama
  • Apa itu kerohanian?
    Asas dalam kehidupan individu
  • Apa itu hubungan antarabangsa?
    Pertalian dan interaksi antara negara dengan negara-negara lain di dunia
  • Maksud hedonisme
    Pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup
  • Norma
    Perilaku atau tindakan yang diterima sebagai amalan dalam sesuatu kelompok, komuniti dan budaya
  • Konsep polarisasi
    Keadaan terdapatnya atau proses berlakunya dua pihak yang mempunyai prinsip dan pendapat yang bertentangan
  • Takrif asas organisasi mantap
    Sistem tadbir urus yang baik, telus dan adil
  • Apa itu prinsip keadilan?
    Sikap dan tingkah laku individu dalam hubungan antara manusia untuk menegakkan kesaksamaan dengan keseimbangan pemikiran, pertuturan dan perlakuan
  • Apa itu pengurusan perbelanjaan?
    Cara wang dibelanjakan dan diuruskan secara berhemah untuk mendapatkan sesuatu barangan dan perkhidmatan
  • Maksud integriti individu
    Sifat jati diri yang merangkumi keikhlasan, keterbukaan, ketelusan dan amanah
  • Maksud tanggungjawab
    Kesanggupan warganegara untuk melaksanakan kewajipan dalam menjaga kedaulatan negara
  • Terangkan Pelan Antirasuah Nasional (NCP)
    Dasar antirasuah yang mencerminkan harapan tinggi rakyat untuk negara bebas rasuah yang mengamalkan ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti