Study

Bahasa Melayu

  •   0%
  •  0     0     0

  • Rakyat diingatkan supaya mengawasi kandungan kolesterol dalam tubuh masing-masing agar tidak mudah menyerang penyakit.
    menyerang-diserang
  • Ibu menyediakan pelbagai lauk-pauk untuk hidangan tengah hari.
    pelbagai lauk-pauk - lauk-pauk/ pelbagai lauk
  • Penduduk Kampung Seroja hidup aman damai dan saling bantu-membantu antara satu sama lain.
    saling bantu-membantu- saling membantu/ bantu-membantu
  • Ah, cadangan kamu itu memang tidak masuk akal! (jenis ayat)
  • Aina memperoleh markah ujian yang paling tinggi sekali dalam kalangan rakan-rakan kelas Tiga Zamrud.
    paling tinggi sekali - paling tinggi/ tinggi sekali
  • Marissa merupakan ____ Encik Aziz dan Puan Julia kerana dia merupakan anak tunggal kepada pasangan itu.
    anak emas
  • Latihan kerja rumah itu akan disiapkan oleh kami pada petang ini juga.
    akan disiapkan oleh kami-akan kami siapkan
  • Aisha menggunakan tiga biji telur dan sedikit marjerin untuk menghasilkan kek yang lembot.
    lembot-lembut
  • Basikal itu menuju ke kiri atau kanan jalan?
    ke kiri atau ke kanan jalan
  • Encik Zain dan isterinya masih berada di hospital kerana____terhadap jenazah anak mereka masih belum selesai.
    bedah siasat
  • Pada musim cuti persekolahan, Encik Arman dan Puan Siti selalu membawa anak mereka balik kampung.
    balik kampung-balik ke kampung
  • Para pelancong itu daripada Korea Selatan.
    daripada-dari
  • Bila masalah ini akan selesai jika kamu tidak menanganinya?
    Bilakah
  • Ayag berdiri antara Saleh dan Sara
    antara- di antara
  • Rumah-rumah di kawasan elit itu besar-besar belaka.
    Rumah-rumah-- rumah
  • Kita mestilah menghormati lagu kebangsaan dan berdiri ___ ketika lagu Negaraku berkumandang.
    tegak
  • Monyet-monyet yang bertenggek di atas pokok itu berkeliaran lari apabila Pak Sudin melepaskan satu das tembakan.
    berkeliaran-bertempiaran
  • Huzair pergi di tingkat atas bangunan itu.
    di-ke
  • Bubur ayam itu sudah dimakan oleh kami.
    dimakan kami/ kami makan.
  • Cuaca di tepi pantai pada pagi itu sungguh muram ketika kami baru sahaja tiba di sana.
    muram-redup
  • Ketika Ustaz Suhaimi menuju ke surau, kedengaran____ suara tangisan bayi.
    sayup-sayup
  • Adik mengambil bukunya ke bawah tangga.
    ke-di
  • Rombongan meminang itu akan datang pada minggu depan daripada Ipoh, Perak.
    daripada-dari
  • Projek memperluaskan lorong lebuh raya itu telah diluluskan oleh pihak kerajaan.
    memperluaskan-memperluas
  • Majlis sukan itu dihadiri oleh guru besar-guru besar dari semua sekolah di daerah itu.
    guru-guru besar
  • Bangunan tua itu sudah dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan.
    tua-usang
  • Dua buah buku-buku itu dipinjam oleh Maria di perpustakaan sekolah.
    dua buah buku/ buku-buku
  • Pengetahuan Alina tentang pembentukan tembikar amat cetek
    pembentukan-pembuatan
  • Zaidi dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun akibat salah guna dadah.
    salah guna-penyalahgunaan
  • Silalah datang ke rumah saya pada minggu depan.
    depan-hadapan