Study

Moral F1 Unit 6 Hubungan Mesra Keluarga Bahagia

  •   0%
  •  0     0     0

  • Hari ini adalah hari jadi ibu kamu. Apakah yang boleh kamu lakukan untuk meraikan hari istimewa ini?
    Memberi kad ucapan/ Meraikan hari istimewa keluarga.
  • Bapa kamu berasa letih selepas bekerja seharian. Apa yang boleh kamu lakukan untuk menunjukkan kasih sayang?
    Mengurut badan/ Memberi layanan yang sopan.
  • Adik kamu sedang demam dan selesema. Apakah yang anda akan lakukan?
    Menjaga dia semasa sakit.
  • Kamu sedang main permainan di telefon bimbit dan ibu kamu memanggil untuk menolongnya. Apa yang kamu akan lakukan?
    Membantu ibu dengan segera.
  • Kakak kamu menang pertandingan melukis. Apakah anda boleh katakan kepada kakak?
    Mengucap tahniah / Memberikan sokongan moral.
  • Keluarga kamu makan malam bersama setiap hari Ahad. Mengapa ini penting?
    Mewujudkan kemesraan anggota keluarga.
  • Kamu sedang memain bola, nenek kamu menasihati untuk tidak bermain di luar pada waktu panas terik. Apa yang patut kamu lakukan?
    Berhenti main bola, masuk rumah dan patuh kepada nasihat dan larangan keluarga.
  • Adik kamu sedih kerana kehilangan mainan kegemarannya. Bagaimana kamu boleh menunjukkan kasih sayang kepadanya?
    Memujuk adik saya. / Berkongsi masa suka dan duka.
  • Kamu dan adik kamu bergaduh kerana berebut mainan. Apa yang patut kamu lakukan untuk menunjukkan kasih sayang?
    Memberi mainan kepadanya dan saling menghormati.
  • Adik kamu tidak tahu bagaimana untuk membuat kerja sekolahnya. Bagaimana kamu boleh membantu?
    Membantu dan mengajar adik saya.