Edit Game
KATA KERJA
 Delete

Use commas to add multiple tags

 Private  Unlisted  Public




Delimiter between question and answer:

Tips:

  • No column headers.
  • Each line maps to a question.
  • If the delimiter is used in a question, the question should be surrounded by double quotes: "My, question","My, answer"
  • The first answer in the multiple choice question must be the correct answer.






 Save   16  Close
Josh ____ jus oren yang segar itu ke dalam gelasnya. ( A memercik B melimpah C menuang D merenjis)
C menuang
Askar —askar yang berjuang di hutan itu hanya boleh tidur berbantalkan dengan beg-beg pakaian. ( A di B berbantalkan C dengan D Tiada kesalahan)
C dengan (tidak perlu ada dengan dalam ayat ini)
Syarikat SIME mampu______projek kerajaan yang menelan belanja berjuta-juta ringgit. ( A menganjurkan B melaksanakan C meningkatkan D mengadakan)
B melaksanakan
Encik Lim memulakan perniagaan dalam bidang hiasan dalaman dengan bermodalkan wang sebanyak lima juta ringgit. ( A dalam B dengan C bermodalkan D Tiada kesalahan)
D Tiada kesalahan
Syarikat Penwan berhasrat untuk meneruskan pembinaan projek perumahan yang ____________ itu. ( A terhenti B terbantut C terkandas D terbengkalai )
D terbengkalai
Semua peserta-peserta telah menghadiri kursus peningkatan prestasi di pusat peranginan itu yang dikendalikan oleh motivator yang tersohor. (A peserta-peserta B menghadiri C pusat peranginan D motivator)
A peserta - peserta (Betul: semua peserta / peserta-peserta)
Atur cara perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian daripada pekerja syarikat itu. (A Atur cara B pameran C daripada D Tiada kesalahan )
A Atur cara ( Betul: Susun atur)
Wang gaji yang diperoleh oleh saya setiap bulan dibelanja secara berhemat dan bakinya disimpan di dalam bank. (A wang gaji B diperoleh oleh saya C dibelanjakan D Tiada kesalahan )
B diperoleh oleh saya (saya peroleh)
Ketegasan pihak berkuasa untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap penunggang motorsikal yang tidak memakai topi keledar mendapat sokongan daripada orang ramai. (A penunggang B motorsikal C topi keledar D tiada kesalahan)
B motorsikal (Betul : motosikal)
Perlawanan bola sepak di antara pasukan Rumah Hijau dengan Rumah Kuning ditangguh kerana hujan turun dengan lebat. (A Perlawanan B di antara C hujan turun D Tiada kesalahan)
B di antara (BETUL: antara)
Pasukan bola sepak negara kita tidak gentar untuk berhadapan denagn pasukan mana sekalipun dalam kejohanan di peringkat antarabangsa. ( A gentar B mana C sekalipun D Tiada kesalahan)
B mana (BETUL : mana-mana)
Emak menggoreng ikan dengan menggunakan minyak kelapa sawit bertapis yang penjual dakwa tidak mengandungi kolesterol. (A penjual dakwa     B minyak kelapa sawit bertapis        C kolesterol          D Tiada kesalahan)
A penjual dakwa (BETUL: didakwa oleh penjual)
Melisa dan Gina bercadang untuk melancong ke Pulau Pinang atau Pulau Tioman? (A bercadang B melancong C atau Pulau Tioman D Tiada kesalahan )
C atau Pulau Tioman (BETUL: atau ke Pulau Tioman)
Semua persatuan diarahkan supaya mengadakan mesyuarat agong dan membuat pemilihan ahli jawatankuasa baru sebelum akhir bulan Mac. ( A diarahkan supaya B mesyuarat agong C pemilihan ahli jawatankuasa D Tiada kesalahan)
B mesyuarat agong (B mesyuarat agung)
Para penonton saling tolak-menolak antara satu sama lain ketika hendak menyusup ke dalam dewan. (A saling tolak-menolak B antara C menyusup ke dalam D Tiada kesalahan)
A saling tolak-menolak (BETUL: saling menolak / tolak-menolak)
Yin diberi masa dua setengah jam untuk sampai ke tempat pertandingan itu. (A diberi B dua setengah jam C sampai ke tempat D Tiada kesalahan)
B dua setengah jam (BETUL: dua jam setengah)