Game Preview

KATA KERJA

  •  Malay    16     Public
    Pilih jawapan yang paling sesuai
  •   Study   Slideshow
  • Josh ____ jus oren yang segar itu ke dalam gelasnya. ( A memercik B melimpah C menuang D merenjis)
    C menuang
  •  15
  • Askar —askar yang berjuang di hutan itu hanya boleh tidur berbantalkan dengan beg-beg pakaian. ( A di B berbantalkan C dengan D Tiada kesalahan)
    C dengan (tidak perlu ada dengan dalam ayat ini)
  •  15
  • Syarikat SIME mampu______projek kerajaan yang menelan belanja berjuta-juta ringgit. ( A menganjurkan B melaksanakan C meningkatkan D mengadakan)
    B melaksanakan
  •  15
  • Encik Lim memulakan perniagaan dalam bidang hiasan dalaman dengan bermodalkan wang sebanyak lima juta ringgit. ( A dalam B dengan C bermodalkan D Tiada kesalahan)
    D Tiada kesalahan
  •  15
  • Syarikat Penwan berhasrat untuk meneruskan pembinaan projek perumahan yang ____________ itu. ( A terhenti B terbantut C terkandas D terbengkalai )
    D terbengkalai
  •  15
  • Semua peserta-peserta telah menghadiri kursus peningkatan prestasi di pusat peranginan itu yang dikendalikan oleh motivator yang tersohor. (A peserta-peserta B menghadiri C pusat peranginan D motivator)
    A peserta - peserta (Betul: semua peserta / peserta-peserta)
  •  15
  • Atur cara perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian daripada pekerja syarikat itu. (A Atur cara B pameran C daripada D Tiada kesalahan )
    A Atur cara ( Betul: Susun atur)
  •  15
  • Wang gaji yang diperoleh oleh saya setiap bulan dibelanja secara berhemat dan bakinya disimpan di dalam bank. (A wang gaji B diperoleh oleh saya C dibelanjakan D Tiada kesalahan )
    B diperoleh oleh saya (saya peroleh)
  •  15
  • Ketegasan pihak berkuasa untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap penunggang motorsikal yang tidak memakai topi keledar mendapat sokongan daripada orang ramai. (A penunggang B motorsikal C topi keledar D tiada kesalahan)
    B motorsikal (Betul : motosikal)
  •  15
  • Perlawanan bola sepak di antara pasukan Rumah Hijau dengan Rumah Kuning ditangguh kerana hujan turun dengan lebat. (A Perlawanan B di antara C hujan turun D Tiada kesalahan)
    B di antara (BETUL: antara)
  •  15
  • Pasukan bola sepak negara kita tidak gentar untuk berhadapan denagn pasukan mana sekalipun dalam kejohanan di peringkat antarabangsa. ( A gentar B mana C sekalipun D Tiada kesalahan)
    B mana (BETUL : mana-mana)
  •  15
  • Emak menggoreng ikan dengan menggunakan minyak kelapa sawit bertapis yang penjual dakwa tidak mengandungi kolesterol. (A penjual dakwa     B minyak kelapa sawit bertapis        C kolesterol          D Tiada kesalahan)
    A penjual dakwa (BETUL: didakwa oleh penjual)
  •  15
  • Melisa dan Gina bercadang untuk melancong ke Pulau Pinang atau Pulau Tioman? (A bercadang B melancong C atau Pulau Tioman D Tiada kesalahan )
    C atau Pulau Tioman (BETUL: atau ke Pulau Tioman)
  •  15
  • Semua persatuan diarahkan supaya mengadakan mesyuarat agong dan membuat pemilihan ahli jawatankuasa baru sebelum akhir bulan Mac. ( A diarahkan supaya B mesyuarat agong C pemilihan ahli jawatankuasa D Tiada kesalahan)
    B mesyuarat agong (B mesyuarat agung)
  •  15
  • Para penonton saling tolak-menolak antara satu sama lain ketika hendak menyusup ke dalam dewan. (A saling tolak-menolak B antara C menyusup ke dalam D Tiada kesalahan)
    A saling tolak-menolak (BETUL: saling menolak / tolak-menolak)
  •  15
  • Yin diberi masa dua setengah jam untuk sampai ke tempat pertandingan itu. (A diberi B dua setengah jam C sampai ke tempat D Tiada kesalahan)
    B dua setengah jam (BETUL: dua jam setengah)
  •  15