Study

Kuiz Geografi Bab 8

  •   0%
  •  0     0     0

  • Mengapakah permukaan daun di hutan konifer disaluti dengan lilin?
    Untuk mengelakkan ancaman fros.
  • Bagaimanakah tumbuh-tumbuhan semula jadi dapat menghalang hakisan?
    Akar pokok akan mengurangkan air larian permukaan dan menjadi penghalang hakisan,
  • Bagaimanakah cara tikus jerboa hidup di kawasan gurun panas?
    Tikus jerboa hidup dengan bersembunyi di dalam lubang untuk berteduh.
  • Apakah ciri-ciri akar tumbuh-tumbuhan yang terdapat di Hutan Konifer?
    Akar yang pendek dan sesuai tumbuh di tanih podzol pada musim sejuk
  • Apakah ciri-ciri akar bagi tumbuh-tumbuhan di Gurun Panas?
    Akar yang panjang yang menjalar ke dalam tanah atau merebak di permukaan bumi untuk menyerap air.
  • Apakah dimaksudkan nokturnal?
    Hidupan yang aktif pada waktu malam.
  • Mengapakah daun pokok di Hutan Monsun Tropika banyak dan lebar?
    Bagi mendapatkan cahaya matahari
  • Mengapakah pokok daun yang terdapat di hutan daun luruh sederhana nipis dan lembut?
    Hal ini kerana, hutan daun luruh sederhana mengalami kejadian empat musim.
  • Apakah dimaksudkan dengan xerofit?
    Xerofit bermaksud tumbuhan yang dapat hidup atau tumbuh di persekitaran yang kering.
  • Mengapakah kanopi pokok di hutan konifer berbentuk kon?
    Untuk mengelakkan salji terkumpul di atasnya.