Study

BAB 5: PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

  •   0%
  •  0     0     0

  • Apakah keistimewaan MPP?
    Terdapat pelbagai kaum
  • Bagaimanakah cara untuk mendapatkan kewarganegaraan mengikut PTM 1948?
    2 cara - Secara undang-undang dan Secara pendaftaran
  • Mengapakah Jawatankuasa Kerja dibantah oleh golongan Melayu radikal?
    Tidak melibatkan pelbagai kaum
  • Siapakah dua pegawai British yang menyokong untuk mengadakan PTM 1948?
    Sir Edward Gent dan Malcolm Macdonald
  • Mengapakah kerajaan British mengetepikan PKMM daripada Jawatankuasa Kerja?
    PKMM dianggap radikal
  • Apakah maksud MMP?
    Majlis Mesyuarat Persekutuan
  • Apakah matlamat pembentukan Jawatankuasa Kerja?
    Merangka perjanjian untuk Persekutuan baharu
  • Mengapakah AMCJA menolak cadangan Jawatankuasa Kerja dalam rancangan PTM 1948?
    Tiada wakil orang bukan Melayu
  • Apakah faktor yang mendorong British menggantikan Malayan Union kepada PTM 1948?
    Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union, Cadangan Raja-Raja Melayu dan UMNO, Sokongan pegawai tadbir British
  • Apakah perbezaan Rakyat Raja dan Rakyat British?
    Rakyat Raja (Penduduk Negeri-Negeri Melayu) dan Rakyat British (Penduduk Negeri-Negeri Selat)
  • Mengapakah British menyokong untuk mengadakan PTM 1948?
    Memelihara keamanan, menjamin kemakmuran dan kestabilan
  • Mengapakah British tidak memberi perhatian kepada PKMM?
    Mengganggap PKMM radikal
  • Apakah pentadbiran yang dibentuk bagi menggantikan Malayan union 1946?
    Persekutuan Tanah Melayu 1948
  • Apakah hasil kerjasama PUTERA-AMCJA?
    Perlembagaan Rakyat
  • Mengapakah PTM 1948 dikritik oleh golongan nasionalis Melayu radikal?
    British hanya berunding dengan UMNO sahaja
  • Berapakah bahagian ciri-ciri PTM 1948?
    Empat - Pentadbiran, Kuasa Raja-Raja Melayu, Perundangan dan Kewarganegaraan
  • Siapakah pemimpin Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang mengkritik Jawatankuasa Kerja?
    Dr. Burhanuddin Helmi
  • Apakah syarat untuk memohon kewarganegaraan secara pendaftaran?
    bermastautin selama 15 tahun, tiada jenayah, fasih BM dan BI, taat setia kepada PTM.
  • Apakah maksud MPP?
    Majlis Perundangan Persekutuan
  • Mengapakah Singapura tidak dimasukkan dalam PTM 1948?
    Kekal sebagai tanah jajahan British