Study

RBT Tingkatan 3

  •   0%
  •  0     0     0

  • Berikan 3 faktor pemilihan media pengiklanan.
    Jenis dan sifat produk, kos pengiklanan, luas pasaran, sasaran penggunadan saiz perniagaan.
  • Surat khabar dan majalah adalah contoh media apa?
    Media cetak
  • Apakah yang dimaksudkan dengan UNSUR UNIK & TERSENDIRI dalam menganalisis kaedah reka bentuk pengiklanan?
    Produk akan lebih terserlah dengan adanya unsur unik & tersendiri.
  • Apakah yang dimaksudkan dengan MAKLUMAT YANG TEPAT dalam menganalisis kaedah reka bentuk pengiklanan?
    Produk yang dipasarkan mempunyai maklumat yang tepat dan telus untuk mendapatkan kepercayaan pengguna.
  • Papan digital adalah contoh media apa?
    Media elektronik
  • Apakah maksud kos pengiklanan dalam pemilihan media pengiklanan?
    Pengeluar perlu mengetahui jumlah keseluruhan kos pengiklanan mengikut kemampuan dan saiz operasi.
  • Facebook adalah contoh media apa?
    Media sosial
  • Apakah yang dimaksudkan dengan MUDAH DIINGATI dalam menganalisis kaedah reka bentuk pengiklanan?
    Gabungan ilustrasi, tema dan slogan yang sesuai akan menghasilkan visual yang menarik, mudah diingati dan dikenali oleh pengguna.
  • Apakah yang dimaksudkan dengan MEMBERIKAN IMPAK dalam menganalisis kaedah reka bentuk pengiklanan?
    Produk mempunyai reka bentuk yang membuat pengguna terpukau dan teruja untuk mengetahui lebih lanjut.
  • Brosur adalah contoh media apa?
    Media cetak
  • Apakah maksud luas pasaran dalam pemilihan media pengiklanan?
    Jika produk bertujuan untuk dipasarkan ke luar negara, maka penggunaan media pengiklanan yang mempunyai liputan meluas akan dipilih.
  • Apakah maksud saiz perniagaan dalam pemilihan media pengiklanan?
    Pengeluar mempunyai perniagaan bersaiz besar mampu memilih media pengiklanan yang lebih berkesan dan mahal.
  • Katalog adalah contoh media apa?
    Media cetak