Paruh anak ayam akan dipotong pada hari ke enam pada minggu 1. Nyatakan tujuan aktiviti itu dilakukan?
Mengelakkan ayam mematuk sesama sendiri/ memastikan tidak berlaku pembaziran makanan.
Vitamin larut lemak adalah vitamin yang bercampur dengan lemak tubuh sehingga tubuh boleh menyimpan dalam jangka masa tertentu. Senaraikan vitamin tersebut.
vitamin A, D, E, K
Pada peringkat apa, kepungan dibuat di dalam reban?
peringkat perindukan/ 1 - 14 hari
Berikan 4 aktiviti penjagaan kesihatan ternakan?
timbangan mingguan/pemberian vaksin/pemberian antibiotik/pemberian anti stres
Nyatakan tujuan merekod dilakukan.
Mengetahui perkembangan, membuat kawalan dan pemantauan berkaitan perkembangan tumbesaran dan prestasi ternakan.
Apakah maksud amalan sanitasi?
membersih, memastikan kawasan dan alat yang digunakan bebas daripada kotoran serta bahan yang boleh menyebabkan penyakit kepada ternakan.
Nyatakan kesan ke atas ayam pada suhu kurang dari 21'C.
Penurunan berat badan/kesan kepada nisbah penukaran makanan
Apakah yang dimaksudkan dengan amalan sanitasi?
aktiviti membersih, memastikan kawasan dan alat yang digunakan bebas daripada kotosan serta bahan yang boleh menyebabkan penyakit kepada ternakan.
Mengapakah sisa ladang perlu dibersihkan, diproses semula, dibakar aatau ditanam?
untuk elakkan menjadi tempat pembiakan lalat, menarik pemangsa datang ke ladang dan membawa penyakit.
Apakah maksud amalan perladangan yang baik?
Amalan pengurusan ternakan yang baik, terancang dan bersistematik.
Nyatakan dua contoh aktiviti pembersihan reban.
Menghapuskan ternakan yang telah mati/membersihkan sampah sarap/proses pelupusan sisa ladang/membersihkan tinja ternakan/menghapuskan tempat pembiakan lalat
Maksud penakaian.
Penakaian ialah satu kaedah pencegahan penyebaran penyakit di mana ternakan yang tidak diperlukan dikeluarkan daripada kumpulannya.
Lengkapkan label A dan B di dalam gambar.
A: Silo makanan, B: Kipas ekzos
Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi pengambilan air minuman bagi ternakan poltri.
Apakah suhu yang paling ideal bagi reban ayam selepas peringkat perindukan?
24'C
Suhu yang bersesuaian di dalam reban adalah penting bagi ternakan. Namakan alat pemanas yang biasa digunakan.
Gassolec hoover
Sanitasi merujuk kepada Amalan Ladang Ternakan (SALT). SALT telah dijenamakan semula menjadi___________________________( _______). Lengkapkan.
Malaysian Good Agricultural Practices (MyGAP)
Berikan 3 aktiviti pengurusan harian poltri.
kebersihan reban/pemberian makanan dan minuman/pengurusan pengudaraan/merekod/penjagaan kesihatan/amalan sanitasi
Pada hari 1 hingga 14, apakah jenis makanan yang diberi kepada ternakan poltri?
makanan permulaan
Penternak perlu memastikan bekalan makanan yang diperoleh dari kilang makanan perlu menerapkan _____________________(GMP) atau amalan yang diperakui oleh Jabatan Veterinar (JPV). Lengkapkan ayat berikut.
Amalan Pembuatan Yang Baik
Berikan satu aktiviti pembersihan reban.
Menghapuskan ternakan yang telah mati/ membersihkan sampah sarap/membersihkan tinja ternakan/proses penghapusan sisa ladang/menghapuskan tempat pembiakan lalat.
Pada setiap hari/minggu, timbangan perlu dilakukan?
minggu (sehingga dipasarkan)
Tujuan amalan perladangan yang baik dilaksanakan?
produktiviti ladang/pengeluaran optimum/kos minimum/ hasil yang berkualiti/persekitaran yang baik
Nyatakan rekod yang perlu disimpan oleh penternak ketika aktiviti merekod.
ms 180
Lengkapkan label C dan D
C: makanan, D: minuman
Your experience on this site will be improved by allowing cookies.