Study

Sains Tingkatan 4 Bab 10

  •   0%
  •  0     0     0

  • Antara berikut, yang manakah merupakan contoh ubat tradisional?
    a. Kuinina
  • Apakah tumbuhan yang sering digunakan dalam produk kecantikan kulit?
    a. Lidah buaya
  • Antara berikut, yang manakah bukan ciri perubatan tradisional?
    d. Rawatan menggunakan ubat ubatan sintetik
  • Antara berikut, yang manakah bukan merupakan kesan radikal bebas ke atas tubuh badan?
    a. Selera makan bertambah setiap hari
  • Antara berikut, yang manakah merupakan contoh faktor luaran yang menghasilkan radikal bebas dan menyerang sel-sel badan?
    c. Sinaran mengion
  • Apakah maksud bahan aktif?
    a. komponen tertentu di dalam suatu produk yang mempunyai kesan terhadap penyembuhan atau pencegahan penyakit
  • Padanan manakah yang menunjukkan ubatan buatan manusia dengan kesan sampingannya yang tidak benar?
    c. Asprin - Masalah saluran pernafasan
  • Apakah maksud bahan antioksidan?
    b. sebatian kimia yang diperlukan oleh badan untuk melambatkan atau menghentikan proses pengoksidaan
  • Apakah perubatan komplementari?
    c. Perubatan yang merujuk kepada kepelbagaian kaedah dalam penjagaan kesihatan yang berasal daripada pelbagai bentuk budaya sejak zaman berzaman
  • Di manakah likopena ditemui?
    c. Di dalam buah buahan
  • Nyatakan perubatan komplementari di atas
    d. kiropraktik
  • Antara berikut, yang manakah bukan kesan penyalahgunaan ubat-ubatan?
    d. Menyebabkan pesakit beralih kepada perubatan komplementari.
  • Antara berikut, yang manakah bukan faktor persekitaran yang boleh menyebabkan pembetukan radikal bebas yang berlebihan?
    c. Bersenam
  • Apakah dua faktor dalaman yang menghasilkan radikal bebas di dalam badan?
    d. Metabolisme dan keradangan
  • "Kaedah ini menggunakan jarum yang disteril dan dimasukkan ke dalam titik-titik tertentu pada kulit, bertujuan untuk merangsang sistem saraf" Apakah kaedah yang dinyatakan?
    b. Akupuntur
  • Antara berikut, yang manakah merupakan ciri ubat daripada sumber semula jadi?
    d. Perlu diambil atau diamalkan secara berterusan dalam jangka masa yang lama supaya berkesan
  • Manakah antara berikut merupakan contoh bagi antibiotik?
    a. Penisilin dan streptomisin
  • Apakah radikal bebas?
    b. Atom yang kekurangan satu elektron yang menjadikan atom tersebut tidak stabil, reaktif dan cenderung untuk menyerang atom lain
  • Antara makanan berikut, yang manakah mengandungi Lutein
    a. Epal
  • Permintaan produk kesihatan sangat tinggi? Mengapa?
    c. Makanan tambahan untuk melengkapkan amalan pemakanan yang tidak seimbang