Edit Game
Peribahasa Menengah 2
 Delete

Use commas to add multiple tags

 Private  Unlisted  Public



 Save

Delimiter between question and answer:

Tips:

  • No column headers.
  • Each line maps to a question.
  • If the delimiter is used in a question, the question should be surrounded by double quotes: "My, question","My, answer"
  • The first answer in the multiple choice question must be the correct answer.






 Save   12  Close
sesuatu yang baik dan mulia akan kekal sepanjang masa
tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan
tiada berguna menasihati orang lain kalau kelakuan sendiri tiada sesuai dengan apa yang dinasihatkannya
seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul
manusia tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan kesilapan
laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan
lain negeri lain adat resam dan cara pemerintahannya
lain padang lain belalangnya, lain lubuk lain ikannya
manusia yang jujur akan sentiasa dipercayai orang kerana dia tidak akan mungkir janji
kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya
orang yang mulia akan tetap mulia walau ke mana juga dia berada
jika asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
membuat sesuatu pekerjaan yang sukar ataupun susah hendaklah bersabar sehingga mencapai kejayaan
genggam bara api biar sampai jadi arang
penganiayaan terhadap keluarga sendiri akan dirasai oleh ahli keluarga yang lain
cubit paha kanan, paha kiri terasa juga
Sesuatu perkara tidak akan terjadi jikalau satu pihak sahaja yang memulakannya
bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
Sementara menunggu apa yang baik, lakukanlah kegiatan / perkara-perkara yang berfaedah
berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak
walau berapa tinggi pangkat, akhirnya hilang juga
berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga
walau ke mana juga kita pergi, akhirnya akan balik ke negeri asal juga
berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga