Edit Game
Peribahasa
 Delete

Use commas to add multiple tags

 Private  Unlisted  Public



 Save

Delimiter between question and answer:

Tips:

  • No column headers.
  • Each line maps to a question.
  • If the delimiter is used in a question, the question should be surrounded by double quotes: "My, question","My, answer"
  • The first answer in the multiple choice question must be the correct answer.






 Save   89  Close
seseorang anak itu akan mengikut budi dan perangai ibu bapanya
bagaimana acuan begitulah kuihnya
lebih baik mati daripada menanggung malu
biar putih tulang, jangan putih mata
segala suruhan atau nasihat dituruti dan dikerjakan sepenuh hati
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
kalau segan berusaha tidak akan mendapat kemajuan
malu berkayuh perahu hanyut
bagaimana perbuatan atau perkataan, demikianlah balasan dan jawapannya
bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya
keuntungan yang diharapkan tidak diperoleh sedangkan keuntungan yang di dalam tangan habis hilang
yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
pendiam tetapi cekap bekerja dan pintar
umpama duduk seperti kucing, melompat seperti harimau
orang yang cerdik, sayang akan sekalian macam orang kerana masing-masing ada gunanya
tukang tidak membuang kayu
kalau tidak ada yang baik sekali, yang kurang baik pun berguna juga
tiada rotan akar berguna
kesalahan yang kita buat itu kita sendirilah yang menanggungnya
tangan mencencang bahu memikul
menghukum hendaklah dengan seadil-adilnya sehingga kedua pihak berasa puas
seperti menghela rambut dalam tepung; rambut jangan putus, tepung jangan berserak
bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah
seperti menghela rambut dalam tepung; rambut jangan putus, tepung jangan berserak
penyakit yang dihidapi itu boleh merosakkan keelokan rupa kita, begitu juga kelakuan yang keji itu boleh merosakkan nama baik bangsa kita
rosak badan kerana penyakit, rosak bangsa kerana laku
manusia harus beringat-ingat supaya perkara tidak baik yang dialaminya tidak berulang lagi
pisang tidak berbuah dua kali
menceritakan cacat cela kaum keluarga maka diri sendiri juga yang mendapat malu
menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri
orang yang mengikuti hawa nafsunya akhirnya akan binasa
ikut hati mata, ikut rasa binasa, ikut mata leta
kuat atau berkuasa kerana sesuatu kelebihannya
kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit
tidak ada gunanya ilmu pengetahuan yang disumpan sahaja
kemenyan sebesar lutut, tidak dibakar takkan berbau
sesuatu perkara itu perlu disiasat dahulu dengan teliti dan tidak boleh setakat mendengar cakap-cakap orang sahaja
kalau gajah hendaklah dipandang gadingnya, kalau harimau hendaklah dipandang belangnya
budi bahasa orang tidak dapat dibalas dengan wang dan harus diingat seumur hidup
hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati
membuat pekerjaan sehingga sempurna
belayar sampai ke pulau
perihal kasih sayang yang mendalam sekali dan sukar diceraikan
seperti labah-labah cinta kepada telurnya
orang yang bijaksana tetapi menyembunyikan pengetahuan dan kebolehannya
seperti harimau menyembunyikan kukunya
daripada tingkah laku seseorang itu kita dapat mengetahui atau mengenali watak dan asal seseorang
sebab buah dikenal pohonnya
tiap-tiap yang bernyawa akan mati juga sudahnya, baik tua, muda atau anak-anak kecil
pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelak
menggunakan masa dengan sebaiknya
pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar
orang yang cermat melakukan pekerjaannya, walaupun banyak kerja jarang yang rosak
nasi tak dingin, pinggan tak retak
meskipun kebenaran itu belum terang, lambat laun akan menjadi kenyataan juga
meski tertimbun dalam tanah, namun teras timbul juga
seseorang yang berbudi baik itu sekali pun dalam keadaan melarat tetap berbudi dan berhati mulia
meski tertimbun dalam tanah, namun teras timbul juga
membuat sesuatu yang tidak mendatangkan faedah
membuang garam ke laut
mengajar atau mendidik anak biarlah daripada kecil kerana apabila sudah besar, keras hatinya dan perangainya susah dibentuk
melentur buluh biarlah dari rebung
dalam percakapan atau tingkah laku seseorang, terkandung kemahuannya
kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan
jika ilmu atau kebolehan kita sedikit, janganlah kita cuba melawan orang atau berbuat sesuatu yang besar
kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga
orang besar atau mulia tidak akan hilang martabatnya jika ia merendah dirinya sekalipun
jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya
tidak akan tercapai cita-cita tanpa usaha yang gigih
jika tidak dipecah ruyung, di mana hendak mendapat sagunya
walau bagaimana mewah atau makmur sekalipun negeri orang, negeri sendiri juga yang lebih baik
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri
sama-sama menikmati kesenangan dan kesusahan
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
pembahagian yang sama rata dan adil
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
lebih baik jangan dicampuri perselisihan orang yang bersanak saudara kerana akhirnya mereka akan berbaik semula
biduk lalu kiambang bertaut
makin tinggi pangkat atau makin besar perniagaannya, maka makin besar pula tanggungjawabnya
besar kapal, besar gelombang
sesusah-susah orang yang melihat penderitaan itu, tidaklah sama dengan penanggungan orang yang sedang menderita itu sendiri
berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
seseorang itu hendaklah merendah diri dalam tutur kata dan perbuatannya supaya tidak dibenci orang lain dan selamat dalam hidup
baik membawa resmi ayam betina
cerdik dan rajin
belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang
perkataan yang lembut juga yang dapat mendinginkan hati orang yang sedang marah
air yang dingin juga yang dapat memadamkan api
hendak mengelakkan kerugian kecil, akhirnya mendapat kerugian besar
takut titik lalu tumpah
sesuatu yang baik dan mulia akan kekal sepanjang masa
tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan
seseorang yang beroleh kekayaan tetapi tidak mahu menceritakan kepada orang lain
seperti tikus jatuh ke beras
orang yang mendapat kedudukan yang mewah
seperti tikus jatuh ke beras
Tidak berguna menasihati orang lain kalau kelakuan sendiri tidak sesuai dengan apa yang dinasihatkan
seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul
semakin berilmu atau tinggi pangkat, semakin merendah diri
seperti buah padi, makin berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi
apabila bertukar ketua atau pemerintah di dalam sesebuah negara, maka cara hidup pun berubah juga
sekali air bah, sekali pasir berubah
manusia tidak sunyi daripada melakukan kesilapan
laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan
lain negeri, lain adat resam dan cara pemerintahannya
lain padang lain belalang, lain lubuk lain ikan
manusia yang jujur akan sentiasa dipercayai orang kerana tidak akan mungkir janji
kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya
bermuafakat dalam sesuatu perkara senang atau susah agar sama-sama dapat dirasai
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
orang yang mulia akan tetap mulia walau di mana dia berada
jika asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
orang yang bijaksana jua yang mengenali keelokan ilmu dan menilai ketinggian mutu sesuatu
jauhari juga yang mengenal manikam
seseorang yang hidup di dunia ini mestilah berbuat baik untuk diri sendiri dan juga berjasa kepada orang lain
hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa
kerana mengharapkan barang yang belum tentu, barang yang sedia ada dilepaskan
harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
membuat sesuatu pekerjaan yang sukar hendaklah bersabar sehingga mencapai kejayaan
genggam bara api biar sampai jadi arang
penganiayaan terhadap keluarga sendiri akan dirasai oleh ahli keluarga yang lain
cubit paha kanan, paha kiri terasa juga
perselisihan dalam kalangan kaum keluarga sendiri akhirnya akan berbaik-baik semula
carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
berhati-hati semasa bercakap dengan orang kerana percakapan yang sembarangan boleh membawa akibat yang buruk
cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
sesuatu perkara tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya
bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
Sementara menunggu apa yang baik, lakukanlah kegiatan yang berfaedah
berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak
Walau berapa tinggi pangkat seseorang, akhirnya hilang juga
Berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga
bagaimana perintah, begitulah yang harus dituruti
bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya
jika tidak boleh dicapai persetujuan dalam sesuatu, hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya
sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
sekumpulan orang yang tidak tentu arah akibat kehilangan pemimpun atau tempat pengharapan
seperti anak ayam kehilangan ibu
Jika rajin dan tekun melakukan sesuatu, maka akan murahlah rezeki
ringan tulang, berat perut
Kalau tidak berusaha, tentulaj susah dan kalau malas bertanya, pasti akan membuat kesilapan
malu berkayuh, perahu hanyut
Apabila perundingan menemui jalan buntu, hendak kembali ke punca masalah
Kusut di hujung, bawa ke pangkal
Hendaklah sentiasa berhati-hati supaya tidak terpedaya dan habis harta
Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
Adat lama itu boleh diubah dengan muafakat
Hilang adat tegal muafakat
Cepat meresap pelajaran
Garam jatuh ke air
Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna
Ditatang bagai minyak yang penuh
Diam seseorang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja
Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
Apabila menetap di sebuah negeri, hendaklah mengikut peraturan negeri itu
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Keadaan hidup yang tidak menentu, ada kalanya senang dan ada kalanya susah
Air pun ada pasang surutnya
Mendengar nasihat yang baik
Bagai menelan mestika embun
Merancang sesuatu yang belum pasti diperoleh
Burung terbang dipipiskan lada
Mempertahankan sesuatu yang menjadi hak milik kita walaupun nyawa kita terancam
Biar putih tulang, jangan putih mata
Bertindak untuk berada di pihak yang benar
Berani kerana benar, takut kerana salah
Seseorang yang bodoh sekalipun kalau diajar nescaya pandai
Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam
Kebaikan yang sia-sia atau tidak berbalas
Bagai hujan jatuh ke pasir
Perkara yang sudah terbiasa dilakukan tidak akan terasa lagi kesukarannya
Alah bisa tegal biasa
Di mana ada rezeki, di situlah ramai orang
Ada gula, adalah semut
Keadaan sesuatu itu menurut asalnya
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Setiap perbuatan pasti akan meninggalkan kesannya
Ada kerak, adalah nasi