Edit Game
Unit 1: Norma Masyarakat Pemangkin Kesejahteraan
 Delete

Use commas to add multiple tags

 Private  Unlisted  Public



 Save

Delimiter between question and answer:

Tips:

  • No column headers.
  • Each line maps to a question.
  • If the delimiter is used in a question, the question should be surrounded by double quotes: "My, question","My, answer"
  • The first answer in the multiple choice question must be the correct answer.






 Save   15  Close
Apakah peranan individu dalam mengekalkan norma masyarakat?
Individu perlu mengamalkan nilai murni seperti hormat dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.
Terangkan bagaimana norma masyarakat boleh menjadi pemangkin kesejahteraan negara.
Norma masyarakat mendorong rakyat untuk hidup saling menghormati, bekerjasama dan menjaga keamanan, yang menyumbang kepada pembangunan negara.
Berikan contoh situasi di mana norma masyarakat diamalkan dalam keluarga.
Anak meminta izin sebelum keluar rumah dan membantu ibu bapa melakukan kerja rumah.
Huraian 2 kesan negatif jika masyarakat tidak mengamalkan norma.
Berlaku peningkatan jenayah dan keruntuhan institusi kekeluargaan
Jelaskan kepentingan Norma masyarakat dalam membentuk masyarakat yang teratur.
Norma masyarakat menjadi panduan tingkah laku yang diterima, membantu mengelakkan konflik dan mewujudkan suasana harmoni.
Bagaimanakah norma masyarakat membantu mewujudkan keharmonian?
Dengan menggalakkan sikap salting menghormati dan bertoleransi.
Apakah peranan norma masyarakat dalam membentuk insan bermoral?
Menjadi panduan tingkah laku yang baik dan diterima oleh masyarakat.
Nyatakan 2 cara untuk mengelakkan diri daripada budaya hedonisme.
Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah dan berkawan dengan rakan yang positif.
Apakah maksud budaya hedonisme
Budaya yang mementingkan keseronokan dan kepuasan diri tanpa memikirkan kesan kepada orang lain.
Berikan 2 contoh budaya hedonisme yang bertentangan dengan norma masyarakat.
Berpelesiran tanpa tujuan dan ketagihan hiburan melampau
Apakah kesan jika norma masyarakat diabaikan?
Berlaku konflik sosial dan keruntuhan nilai dalam masyarakat
Mengapa norma masyarakat penting dalam kehidupan sosial?
Norma masyarakat membantu mewujudkan suasana aman dan salting menghormati dalam kalangan masyarakat.
Senaraikan 3 nilai universal yang dikaitkan dengan norma masyarakat.
Tanggungjawab, Hormat-Menghormati, dan Toleransi
Nyatakan 2 contoh norma pelajar dalam kehidupan harian di sekolah.
Memberi salam kepada guru dan beratur ketika membeli makanan
Apakah maksud norma masyarakat?
Peraturan atau amalan yang diterima dan diamalkan masyarakat untuk menjaga keharmonian dan kesejahteraan