Game Preview

KEIMUNAN MANUSIA

  •  Malay    18     Public
    AKTIVITI BERKUMPULAN
  •   Study   Slideshow
  • Sel apakah yang menghasilkan antibodi?
    Sel Limfosit
  •  10
  • Senaraikan komponen-komponen dalam darah.
    Leukosit, plasma, platlet dan eritrosit
  •  15
  • Leuklosit merupakan sel darah (putih/merah) ?
    Putih (ingat sel darah putih ada nuklues, manakala sel darah merah tiada nukleus)
  •  10
  • Nyatakan maksud antigen.
    Antigen ialah bendasing yang memasuki badan dan seterusnya merangsang gerak balas keimunan.
  •  10
  • Namakan dua sifat kulit yang membolehkannya bertindak sebagai barisan pertahanan pertama yang berkesan.
    Kulit merupakan pelindung fizikal yang dapat menghalang kemasukan patogen. pH kulit julat (3 - 5) berasid yg tidak sesuai utk pertumbuhan mikrob.
  •  15
  • Bagaimanakah sel fagosit bertindak memusnahkan patogen yang berjaya melepasi benteng barisan pertahanan pertama?
    Sel fagosit menjalankan proses fagositosis dengan mengepung, memerangkap dan mencernakan patogen.
  •  15
  • Jenis keimunan yang manakah berkurang mengikut masa? Terangkan mengapa.
    Keimunan pasif buatan. Badan tidak menghasilkan antibodinya sendiri, maka keimunan ini tidak kekal lama dan hanya memberikan perlindungan sementara.
  •  15
  • Nyatakan satu perbezaan antara keimunan pasif buatan dengan keimunan aktif buatan.
    Tempoh keimunan bagi keimunan pasif buatan adalah lebih singkat daripada keimunan aktif buatan.
  •  15
  • Apakah maksud AIDS dan HIV?
    AIDS ialah sindrom kurang daya tahan penyakit. Manakala, HIV ialah virus kurang daya tahan manusia
  •  10
  • Nyatakan 5 tindakan antibodi.
    Peneutralan, Pengaglutinan, Pemendakan, Pengopsoninan, Penguraian
  •  15
  • Limfosit dibahagikan kepada dua jenis iaitu sel limfosit ___ dan sel limfosit ___.
    Sel limfosit T & Sel limfosit B
  •  10
  • Sel limfosit apakah yang menghasilkan sel memori?
    Sel limfosit B
  •  10
  • Barisan pertahanan kedua terdiri daripada_________?
    Demam, fagositosis dan keradangan.
  •  10
  • Sel apakah yang merupakan sel fagosit? Terangkan mengapa.
    Neutrofil dan monosit merupakan sel fagosit. Kerana sel fagosit ialah sel leukosit yang boleh menjalankan fagositosis.
  •  20
  • Apa itu fagositosis?
    Fagositosis ialah proses pemerangkapan dan pencernaan mikroorganisma atau zarah lain seperti sel mati oleh sel fagosit.
  •  15
  • Anda terkunci di dalam sebuah kereta, dan tepi anda ada satu penukul. Bagaimanakah caranya untuk anda keluar dari kereta tersebut?
    Buka kunci kereta je la. Takkan tak pandai. ?
  •  15