Game Preview

Teka peribahasa

  •  Malay    22     Public
    Baca maksud dan beri peribahasa yang sesuai.
  •   Study   Slideshow
  • Ditimpa bencana berturut-turut
    Sudah jatuh ditimpa tangga.
  •  5
  • Orang yang hilang dengan tiba-tiba
    Bagai ayam disambar helang
  •  5
  • Biar tidak cerdik sekalipun, kalau belajar nescaya akan cerdik juga
    Belakang parang diasah lagikan tajam
  •  5
  • Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka
    Durian runtuh
  •  5
  • Diberi sedikit, kemudian hendak banyak
    Beri betis hendak peha
  •  5
  • Orang yang sangat mengharapkan pertolongan, sangat gembira apabila ada orang yang ingin membantu.
    Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
  •  5
  • Orang yang pada zahirnya lembut tetapi hakikatnya tidak.
    Jinak-jinak merpati
  •  5
  • Anak menurut baka, kelakuan dan lain-lain daripada bapanya.
    Bapa borek anak rintik
  •  5
  • Perbuatan jahat atau dendam yang tersembunyi.
    Seperti api dalam sekam
  •  5
  • Mengeluarkan perkataan yang manis-manis (untuk memujuk dan sebagainya).
    Menanam tebu dibibir
  •  5
  • Berbuat sesuatu yang melampaui batas, hilang pertimbangan
    Lupa daratan
  •  5
  • Mendapat malu dalam suatu majlis kerana kesalahan sendiri
    Bagai cicak makan kapur
  •  5
  • Kalau sudah jodoh akan bertemu jua walaupun jauh
    Laksana garam dengan asam
  •  5
  • Menceritakan aib sendiri atau aib kaum keluarga
    Menepuk air di dulang
  •  5
  • Suka duka sama-sama ditanggung, saling menolong ketika senang atau susah.
    Berat sama dipikul ringan sama dijinjing
  •  5
  • Orang yang bekerja hanya apabila disuruh atau saling bekerjasama
    Seperti pahat dan penukul
  •  5